CARILAH REDHA TUHAN
1:24 AM | Author:
Carilah redha Tuhan, kita tidak akan kecewa
Carilah redha Tuhan, kelak kita akan tenang
Jangan cari redha manusia, kita akan kecewa
Suka manusia kepada kita bukan berpanjangan
Adakala dia suka kepada kita, sukanya pura-pura
Suatu hari nanti akan nyata juga
Adakalanya redhanya kepada kita, di waktu kita senang
Setelah kita susah, kita dibuang dan ditendang
Janganlah membuat sesuatu kerana keredhaan manusia
Kerana manusia ramai yang tidak mengenang jasa
Buatlah sesuatu untuk keredhaan Tuhan
Manusia suka atau benci tak usah dipedulikan
Yang penting kita buat itu Tuhan suka
Yang penting usaha kita itu Tuhan redha
Dengan manusia tak usah ambil kira
Manusia hendak puji atau manusia hendak caci itu soal dia
Yang penting apa kata Tuhan
Keredhaan Tuhan itu penting
Redha-nya adalah balasan
Balasan-nya adalah berkekalan

Kata Imam Syafie: “Sampai bila-bila pun kita tidak mampu dan akan mencapai kesemua redha manusia.”

Maka berbuatlah sesuatu hanya kerana Allah, kerana jika kita melakukan sesuatu semata-mata kerana-Nya, kita akan melakukan pekerjaan kita dengan sebaik-baiknya dan terlepas dari belenggu resah mencari redha manusia.
|
PERSOALAN IMAN
12:29 AM | Author:
Iman seperti pohon yang mempunyai tujuh dahan, iaitu :

1. Dahan yang berpangkal di dalam hati dan buahnya ialah kemahuan kepada yang benar dan sihat.
2. Dahan yang berpangkal di lidah dan buahnya ialah kata-kata yang benar dan jujur.
3. Dahan yang berpangkal di dua kaki dan buahnya ialah suka mendatangi sembahyang jemaah.
4. Dahan yang berpangkal di dua tangan dan buahnya ialah sedekah dan derma.
5. Dahan yang berpangkal di dua mata dan buahnya ialah melihat kepada titisan air mata sebagai tauladan.
6. Dahan yang berpangkal pada perut, dan buahnya ialah makanan yang halal dan meninggalkan yang syubahat.
7. Dahan yang berpangkal pada jiwanya, dan buahnya ialah meninggalkan nafsu syahwatnya.

Iman itu ujud daripada berhimpunnya tiga perkara iaitu mengenai hati (tasdiq hati) dengan barang yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. perkataan dengan lidah (mengucap Dua Kalimah Syahadah) dan beramal dengan segala anggota.
Pada hakikatnya, iman itu kosong (bertelanjang) maka pakaiannya ialah TAQWA, perhiasannya sifat MALU dan buahnya ILMU dan BERAMAL.
Apabila seseorang itu mempunyai keimanan yang teguh, insyaallah Allah menjamin keberkatan hidupnya samada di dunia ataupun di akhirat.
|
KEMATIAN SUATU KEPASTIAN
11:23 PM | Author:


Jika kita perhatikan akhir-akhir ini, nyawa manusia sudah menjadi begitu murah. Tiap-tiap hari ada saja kematian, samada dibunuh atau membunuh, berlaku gempa bumi, kemalangan, banjir, wabak penyakit, dan berbagai lagi bala dan bencana dari Allah S.W.T. Dunia sesungguhnya semakin bergelodak seolah-olah kapal di lautan, jika tidak dikemudikan dengan baik, binasalah jawab nya.

Setiap makhluk terutamanya manusia pasti akan menemui mati. Cuma tempat, masa, dan bentuknya saja kita tidak ketahui, kecuali Allah s.w.t. Di sebalik Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapatkan keradhaan Allah.

Manusia seperti ini sentiasa merasai bahawa setiap tingkahlakunya diperhatikan Allah s.w.t. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di hari Qiamat nanti.
|
IBADAH QURBAN
8:29 PM | Author:

HIKMAH BERQURBAN

  • Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibarahim Alaihissalam yang sangup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam.

  • Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yan melimpah-ruah.

  • Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

KEPADA SIAPA IBADAH QURBAN DISUNATKAN

  • Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.

  • Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.

SYARAT SAH QURBAN

  • Haiwan yang hendak diqurbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata tanpa ada kecacatan yan nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan.

  • Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah qurban.

  • Ibadah qurban hendaklah disertakan dengan niat.

Dengan berkoban kita mendapat tempat yang mulia di sisi Allah, sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dalam sabdanya bermaksud :


" Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya. Sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia disisi Allah 'Azza wajalla"( hadis riwayat Thabarani)


Berkorban juga boleh menebus dosa-dosa kita iaitu dengan setiap titisan darahnya , sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah bermaksud :
"Hai Fatimah berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atau dosa-dosamu "( Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban )


Binatang -binatang yang dikorbankan tersebut akan menjadi tunggangan atas titian (sirat ) pada Hari Kiamat, Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :
"Perbesarkanlah oleh kamu akan sekalian korban kamu kerana bahawasanya ia jadi tunggangan kamu atas titian pada Hari Kiamat."


Bulu binatang yang dikorbankan itu juga adalah satu kebajikan sebagaimana menurut sebuah hadis bermaksud :
"Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan" ( Hadis riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim )


Jika diperhatikan daripada keterangan di atas, jelas bahawa keseluruhan amalan atau pekerjaan yang berhubung-kait dengan ibadah korban itu, mempunyai kelebihan yang sangat besar kepada orang yang melakukan ibadah korban itu. Bermula daripada perbuatan menyembelih, menyaksikan penyembelihan, darah, bulu, dan memperbesarkannya semuanya akan mendapat ganjaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

|
SAHABAT
1:00 AM | Author:


Sahabat ,
Masih ingat di saat awal perkenalan ,
Detik tercatit dalam sejarah kehidupan ,
Bermula satu pengembaraan bersama ,
Mengharungi lautan dunia yang amat pendek usianya.

Sahabat ,
Terpacul tidak dari bibir menata ,
Perjanjian hidup sentiasa bersama ,
Seolah hati mengerti bicara iris mata ,
Membisik , kaulah teman , rakan selama.

Akal tidak mampu tertipu dek mata ,
Satu hari kita akan terpisah jua ,
Kontrak dunia tidak mampu aku tepis ,
Bila Ya Rabulizzah penentu segala.

Jadi ?
Mana memori bersama bakal kita bawa ?
Persoalan yang aku simpan ,
Menunggunya datang ,
Menyiapkan bala tentera hati ,
Kebalnya hingga tiada titisan ,
Berani jatuh menyembah bumi ,
Kerasnya.

Doa ku panjat pada Yang Esa ,
Agar kita kan tetap bersama ,
Berjuta jauh jaraknya ,
tiada terasa.

Benar ,
Tugas realiti membiar jasad terpisah ,
Tapi ingatlah pada bacaan tersirat sang iris ,
Kerana perjanjian kehidupan ,
Mengetahui ,Kitalah , sahabat sejati .
|