PERSOALAN IMAN
12:29 AM | Author:
Iman seperti pohon yang mempunyai tujuh dahan, iaitu :

1. Dahan yang berpangkal di dalam hati dan buahnya ialah kemahuan kepada yang benar dan sihat.
2. Dahan yang berpangkal di lidah dan buahnya ialah kata-kata yang benar dan jujur.
3. Dahan yang berpangkal di dua kaki dan buahnya ialah suka mendatangi sembahyang jemaah.
4. Dahan yang berpangkal di dua tangan dan buahnya ialah sedekah dan derma.
5. Dahan yang berpangkal di dua mata dan buahnya ialah melihat kepada titisan air mata sebagai tauladan.
6. Dahan yang berpangkal pada perut, dan buahnya ialah makanan yang halal dan meninggalkan yang syubahat.
7. Dahan yang berpangkal pada jiwanya, dan buahnya ialah meninggalkan nafsu syahwatnya.

Iman itu ujud daripada berhimpunnya tiga perkara iaitu mengenai hati (tasdiq hati) dengan barang yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. perkataan dengan lidah (mengucap Dua Kalimah Syahadah) dan beramal dengan segala anggota.
Pada hakikatnya, iman itu kosong (bertelanjang) maka pakaiannya ialah TAQWA, perhiasannya sifat MALU dan buahnya ILMU dan BERAMAL.
Apabila seseorang itu mempunyai keimanan yang teguh, insyaallah Allah menjamin keberkatan hidupnya samada di dunia ataupun di akhirat.
|
This entry was posted on 12:29 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.